Search

TLDM tubuh lembaga siasatan kenal pasti nahas helikopter

April 23, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, pagi tadi.

Jurucakap Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut Kuala Lumpur menerusi kenyataan medianya sebentar tadi berkata, pihaknya mengesahkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOW-A2139) TLDM dan sebuah Helikopter Fennec TLDM telah terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, pada 9.32 pagi tadi.

Katanya, insiden ini melibatkan seramai 10 mangsa iaitu mangsa-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM.

“Semua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman.

“TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, TLDM memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan.

Terdahulu, tular video berdurasi 21 saat di media sosial yang memaparkan sebuah helikopter terlanggar bahagian belakang sebuah lagi helikopter sebelum kedua-duanya kelihatan terjunam ke tanah .

Dalam video sama, kelihatan terdapat serpihan helikopter jatuh ke dataran berhampiran lokasi ratusan anggota TLDM lain sedang melakukan latihan perbarisan. – Info X