Search

Mayat warga emas membengkak dalam rumah terkunci

April 25, 2024

Info X Reporters

TAWAU: Bomba menemukan mayat seorang wanita yang membengkak selepas membuka pintu rumah terkunci di Taman Lily, Jalan Sin Oon, di sini, petang tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat khas itu pada jam 6.51 petang.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Yahya Abdul Fattah tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi mendapati pintu rumah terkunci seterusnya dengan menggunakan peralatan khas, pintu berkenaan berjaya dibuka.

“Anggota menemukan mayat seorang wanita berusia 82 tahun yang sudah mula membengkak di ruang ramu rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.”Operasi ditamatkan pada jam 7.40 malam,” katanya. – Info X