Search

Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus mulai 1 Disember

May 1, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai 1 Disember depan.

Kenaikan tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara itu diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam amanatnya sempena Sambutan Hari Pekerja 2024 di Putrajaya, hari ini.

Sambutan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’.

Perdana Menteri berkata, sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus.

Katanya, Kerajaan Madani akan memastikan kadar kenaikan kali ini lebih tinggi daripada itu.

“Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini adalah 13 peratus dan tahun ini, saya akan mengumumkan kenaikan lebih tinggi daripada 13 peratus,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan gaji itu akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion berikutan jumlahnya yang besar dan agak lumayan. – Info X