Search

Jangan bawa barangan larangan ke stadium

May 12, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Sebanyak 13 jenis barangan dilarang dibawa masuk ketika menonton perlawanan bola sepak bermula dengan aksi pertama Liga Super Sabah FC vs Penang FC, petang ini.

Barangan terbabit ialah rokok elektronik, pemetik api, rokok, payung, suar, tongkat, minuman beralkohol, pisau atau benda tajam, power bank, botol air, dron, mercun dan pembesar suara.

Senarai barangan larangan itu berdasarkan info yang dikongsikan di laman Facebook Sabah FC sebagai peringatan kepada penonton dan penyokong bola sepak yang akan ke Stadium Likas.

“Peringatan mesra kepada para penyokong yang akan menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2024/2025 di Stadium Likas.

“Pastikan anda tidak membawa masuk barangan larangan ke dalam stadium. Pihak polis akan melakukan pemeriksaan badan di semua pintu masuk stadium‼️,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga Presiden SAFA, sebelum ini menjelaskan bahawa aspek keselamatan di Stadium ditingkatkan susulan kes serangan terhadap pemain bola sepak di Semenanjung, baru-baru ini. – Info X