Search

YKS terima sumbangan RM100,000 dari Sime Darby

May 15, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) hari ini menerima sumbangan RM100,000 daripada syarikat perladangan, Sime Darby Plantation.

Sumbangan itu diserahkan Pengerusi Sime Darby Plantation, Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani kepada Pengarah YKS, Rugayah Awang Besar di Menara Kinabalu, di sini.

Majlis ringkas itu disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Diyanah Abdullah dan Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Plantation, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha.

Sempena majlis itu, Ketua Menteri turut diberi taklimat berhubung operasi Sime Darby Plantation di Sabah.

YKS ditubuhkan pada 2021 untuk membantu kerajaan negeri menggerakkan agenda kebajikan rakyat, terutama menyalurkan sumbangan kebajikan kepada golongan kurang berkemampuan dan berkeperluan khas. – Info X