Search

Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram disahkan anggota kumpulan JI

May 17, 2024

Info X Reporters

JOHOR BAHRU: Serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, awal pagi tadi disahkan dilakukan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata, suspek yang dipercayai berusia 34 tahun itu berjaya ditembak mati di lokasi kejadian.

Katanya, susulan itu polis menyerbu kediaman keluarga suspek di Ulu Tiram, pagi tadi.

“Rumah suspek turut mempunyai beberapa info mengenai kumpulan JI.

“Susulan itu kesemua lima ahli keluarga suspek yang dipercayai anggota serpihan JI ditahan. Mereka berusia antara 15 hingga 62 tahun bagi siasatan lanjut,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro. – Info X