MEMBAKUT: Stor perabot di Kampung Brunai, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Kebakaran turut membabitkan dua kenderaan jenis Toyota Prado dan Perodua Myvi yang terbakar tiga peratus di bahagian hadapan.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.58 pagi.
Katanya, pasukan bomba membuat pemadaman satu aliran, dua pancutan dari jentera dan pili bomba berhampiran.

“Operasi terkawal jam 3.30 pagi dan selepas memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan sepenuhnya jam 5.42 pagi.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya.
Operasi pemadaman dijalankan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis dan Kuala Penyu. – Info X