Search

Tiga kedai terbakar di Penampang

June 7, 2024

Info X Reporters

PENAMPANG: Tiga buah kedai di Taman Suria, Jalan Shantung, di sini, terbakar dalam kejadian yang berlaku malam tadi.

Tiga lot kedai berkenaan masing-masing kedai runcit, jahit dan salon terbakar 50 peratus.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.10 malam.

Katanya, seramai 22 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dan Kota Kinabalu dikerahkan ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan sebaik api berjaya dikawal dalam kebakaran di Taman Suria, Penampang. – Foto/Bomba

“Sebaik tiba di lokasi, ketiga-tiga unit kedai itu sudah terbakar kira-kira 50 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran dan empat pancutan dari sumber air jentera bomba,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, api berjaya dikawal jam 11.40 malam dan tiada mangsa dilaporkan terbabit.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – Info X