KOTA KINABALU: Mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 485 orang setakat jam 8 malam ini, berbanding 481 mangsa pada jam 4 petang tadi.
Peningkatan itu berikutan penambahan empat mangsa yang dipindahkan di daerah Tuaran iaitu di PPS Balai Raya Kampung Tutu Selupoh, menjadikan 33 mangsa daripada sembilan keluarga berada di PPS itu malam ini.

Tiga PPS lain iaitu Dewan Pusat Kebudayaan Sabah di Penampang, Dewan Sri Putatan di daerah Putatan dan Balai Raya Kampung Bontoi di daerah kecil Tamparuli, masing-masing kekal dengan 296 mangsa, 138 mangsa dan 18 mangsa.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), setakat ini empat kawasan termasuk satu daerah kecil dikenal pasti terjejas akibat banjir dengan Penampang paling teruk terjejas. – Info X