Search

Penyamun bertopi keledar diberkas polis

July 12, 2024

Info X Reporters

PENAMPANG: Guna topi keleder berpelitup muka dan masuk ke kedai serbaneka 24 jam sebelum menyamun dengan menggunakan parang.

Itu modus operandi dua lelaki yang aktif melakukan jenayah samun di beberapa kedai serbaneka 24 jam daerah ini, Kota Kinabalu dan Keningau.

Bagaimanapun, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang berjaya memberkas suspek utama dalam serbuan di sebuah rumah di Papar, pada 9 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian samun berkumpulan dengan senjata parang di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Penampang, pada 16 Jun lalu.

Sammy (tiga dari kanan) menunjukkan barang yang dirampas termasuk senjata api buatan sendiri susulan tangkapan suspek utama ke samun di Penampang.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek masuk ke dalam premis dengan menggunakan topi keleder berpelitup muka dan salah seorang daripada suspek bertindak mengeluarkan sebilah parang lalu meminta duit daripada penjaga premis berkenaan.

“Kedua-dua suspek melarikan sejumlah wang bernilai RM1,081.50 yang disimpan dalam peti wang. Suspek turut mengambil sebuah telefon bimbit milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM2,000.

“Kedua-dua suspek kemudian beredar dari tempat kejadian menggunakan sebuah motosikal warna hitam dengan nombor pendaftaran tidak dikenal pasti,” katanya dalam sidang media, di IPD Penampang, di sini, hari ini.

Suspek dikenali sebagai Samsul yang masih bebas sedang giat diburu.

Sammy berkata, hasil siasatan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang bersama Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah berjaya memberkas suspek utama kes samun berkenaan.

“Suspek warga tempatan berusia 47 tahun adalah penganggur dan semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkait dadah dan gaduh gempar.

“Penahanan suspek membawa 22 barang rampasan dan barang yang menarik perhatian iaitu dua laras senapang buata sendiri, butir kelongsong peluru, kotak berisi peluru timah senapang angin dan tiga bilah parang,” katanya.

Sammy ketika sidang media di IPD Penampang susulan kejayaan menumpaskan kumpulan samun bersenjatakan.

Menurutnya, siasatan lanjut modus operandi suspek adalah samun berkumpulan dengan menggunakan senjata parang dan menyasar kedai serbenaka 24 jam.

Katanya soal siasat lanjut mendapati suspek turut terbabit melakukan samun tiga lagi samun kedai serbaneka di Tanjung Aru, Luyang dan Keningau.

“Polis masih giat memburu dan menjejaki seorang lagi rakan suspek yang masih bebas seperti lakaran wajah fotofit. Suspek yang masih bebas dikenali sebagai ‘Samsul’, tingga lebih kurang 180 sentimeter.

“Suspek dipercayai warga tempatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian jenayah ini untuk segera melaporkan kejadian di balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Norisyam Syed Putra Arsad di talian 018-9618072,” katanya.

Tambah beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan berkumpulan dengan menggunakan senjata dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata api dan anak peluru tanpa lesen atau permit yang sah. – Info X