Search

Penunggang motosikal maut terbabit kemalangan dengan lori

August 13, 2024

Info X Reporters

PENAMPANG: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Sapulut – Donggongon – Tambunan, dekat Kampung Kivatu, di sini, tengah malam tadi.

Mangsa warga tempatan berusia 23 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tubuh.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kes kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal dengan lori, pada jam 12.59 tengah malam.

Katanya, hasil daripada pelanggaran itu, penunggang motosikal lelaki parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

“Pemandu lori lelaki warga tempatan berusia 32 tahun tidak mengalami apa-apa kecederaan fizikal,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

“Polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

“Polis juga ingin menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di atas jalan raya,” katanya. – Info X