Search

Warga emas pengsan ketika ‘hiking’ di Bukit Padang

August 14, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas pengsan ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Padang, di sini, pagi tadi.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.42 pagi.

Katanya, mangsa wanita berusia 62 tahun itu didapati pengsan ketika mendaki bukit di kawasan berkenaan.

“Pasukan bomba yang tiba kemudian bertindak menurunkan mangsa menggunakan stretcher.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Operasi ditamatkan pada jam 8.03 pagi,” katanya. – Info X