KOTA KINABALU: Seramai lima pelajar dari negeri ini menerima tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Tawaran kepada pelajar terbabit disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, hari ini.
Pelajar terbabit ialah Allen Martin Jumin (Kursus Perubatan-University College Dublin, Ireland); Brenda Chan Yi Lin (Kursus Biokimia – University of Manchester, United Kingdom (UK); Muhammad Iezhanuddin Ramlin (Kursus Sains Komputer – Northumbria University, UK); Meagan Chin Min Gen (Kursus Undang-Undang, Cardiff University, UK) dan Nurul Sabrina Moh Zakir (Kursus Perubatan Veterinar- Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia).
Tajaan BKNS ke luar negara ditawarkan kepada anak-anak Sabah yang memperolehi keputusan terbaik untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi begeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Pendidikan negeri; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Zainudin Aman dan Pengarah Bahagian BKNS, Emas Sanjongan Datu Okar.
Sementara itu, dalam majlis berasingan, Hajiji turut menerima kunjungan hormat Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik di pejabatnya. – Info X