Search

PRN17: Hajiji belum dapat inspirasi bubar DUN

September 29, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata beliau belum mendapat inspirasi bila masa yang sesuai untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, tempoh beliau sebagai Ketua Menteri masih berbaki setahun lagi setelah genap empat tahun menggalas tugas memimpin kerajaan negeri pada hari ini.

“Hari ini (29 September) genap empat tahun saya menjadi Ketua Menteri, ada setahun lagi sebelum pilihan raya negeri.

“Tapi, saya belum lagi mendapat inspirasi bila akan bubar DUN, kalau sudah ada inspirasi, saya akan panggil media untuk mengumumkannya,” katanya ketika memulakan ucapan pada Kinabalu Press Awards 2024, di sini, malam ini.

Tempoh DUN Sabah sekarang dijadual berakhir pada Oktober tahun depan jika tidak dibubarkan lebih awal untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). – Info X