Search

Warga emas maut dihempap pokok

October 4, 2024

Info X Reporters

RANAU: Seorang lelaki warga emas maut selepas dihempap pokok di kebunnya di Kampung Tarawas, di sini, hari ini.

Mangsa Yambun Godsung, 67, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.16 tengah hari.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 32 kilometer dari balai bomba.

“Laporan terdapat seorang mangsa dihempap pokok ketika menjalankan aktiviti memotong pokok di kebun.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 2.30 petang,” katanya. – Info X