Search

3 keluarga tinggal sehelai sepinggang

October 22, 2024

Info X Reporters

TAWAU: Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas satu rumah kongsi pekerja didiami mereka musnah dalam kebakaran di Balung Kokos, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.06 pagi.

Katanya, sepasukan 15 anggota dan pegawai bersama empat buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati satu blok rumah kongsi pekerja tiga pintu musnah terbakar dan operasi terus dijalankan

“Operasi pemadaman menggunakan dua pancutan dari sumber air jentera bomba,” atanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pasukan bomba memadam kebakaran membabitkan rumah kongsi pekerja di Kampung Balung Kokos, Tawau. – Foto/Bomba

Jemishin berkata, setakat ini kebakaran hanya membabitkan kerosakan harta benda sahaja, tiada laporan mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa yang dialami mangsa.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.23 pagi.

“Siasatan lanjut akan dijalankan oleh pasukan forensik BBP Tawau bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian mangsa,” katanya. – Info X