Search

PPM rampas rokok seludup RM116,940

October 29, 2024

Info X Reporters

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin merampas rokok pelbagai jenama yang tidak bercukai bernilai RM116,940 dalam serbuan di kawasan sungai di Pulau Bai, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 3.03 petang itu, bot jenis fiber dikesan dalam keadaan mencurigakan di kawasan sungai berkenaan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Sandakan, Deputi Superintendan Ezuandi Bahadin berkata, ketika menjalankan penugasan telah menerima aduan daripada orang awam berkenaan kehadiran sebuah bot.

“Ketika Pemerintah dijalankan telah menemui pelbagai jenama rokok seperti rokok putih jenama D&J, concept merah dan biru L3 dan lain-lain lagi di dalam bot berkenaan.

“Semua rokok itu dipercayai tidak bercukai dan diseludup masuk dari Filipina,” katanya ketika dihubungi, hari ini

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan semua rokok itu berjumlah RM116,940.

“Semua rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya. – Info X