Search

Pemandu, penumpang cedera kenderaan masuk sungai

November 3, 2024

Info X Reporters

TAWAU: Dua lelaki berdepan detik cemas selepas kenderaan dinaiki mereka terjatuh ke dalam sungai di Batu 2, Jalan Apas, di sini awal pagi tadi.

Mangsa berusia 31 tahun cedera manakala seorang lagi mangsa cedera ringan dan dengan kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Tawau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.29 pagi.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Isuzu D Max Single Cab terbabas lalu jatuh ke dalam sungai.

“Dilaporkan terdapat dua mangsa terbabit. Mangsa pertama dikeluarkan oleh orang awam dan diangkat ke tebing sungai sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Mangsa kedua iaitu pemandu hanya cedera ringan diberi rawatan awal oleh pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dihantar ke hospital menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans untuk rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.04 pagi,” katanya. – Info X