Search

Tujuh daerah di pantai timur terjejas akibat gangguan elektrik

November 9, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Tujuh daerah di kawasan pantai timur dilapor mengalami gangguan bekalan elektrik tengah hari tadi.

Menerusi satu kenyataan, Sabah Electricity memaklumkan gangguaan bekalan berlaku di Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Beluran, Tawau dan Kinabatangan.

Katanya, berikutan gangguan yang dilaporkan berlaku pada jam 12.14 tengah hari, Sabah Electricity giat melaksanakan pemulihan di semua kawasan yang terjejas.

“Sabah Electricity juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan menghargai kesabaran serta kerjasama pengguna.

“Kemas kini lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Sabah Electricity,” katanya.

Bagaimanapun, setakat jam 4.15 petang tadi, gangguan bekalan elektrik di Sandakan, Kinabatangan, Beluran dan Kunak sudah pulih sepenuhnya.

Hanya di Semporna, Lahad Datu dan Tawau dilaporkan masih dalam proses pemulihan bekalan.

Syarikat utiliti itu menasihatkan pengguna untuk menghubungi Sabah Electricity Careline 15444 atau 088-515000 jika ada sebarang kemusykilan. – Info X