Search

Wanita serang jiran ditahan polis

November 13, 2024

Info X Reporters

TAWAU: Polis menahan seorang wanita selepas bertindak menceroboh dan menyerang jirannya hingga cedera dalam kejadian di Batu 4, Jalan Apas, di sini semalam.

Mangsa seorang wanita adalah jiran kepada pasangan suami isteri (suspek) yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian ini berlaku adalah disebabkan suspek beranggapan bahawa mangsa telah menuduhnya berhubung dengan lelaki lain.

“Hal ini menyebabkan suspek bertindak agresif dengan merosakkan pagar zink rumah dan memukul mangsa sehingga luka di kedua-dua lengannya.

“Susulan kejadian itu, pasukan serbuan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau membuat serbuan dan menahan suspek wanita di sebuah pondok di Batu 4, Jalan Apas, di sini,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan dan polis sedang mengesan suami kepada suspek.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pernah disabitkan dengan kesalahan perjudian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 kanun yang sama,” katanya. – Info X