KOTA KINABALU: Datuk Sapawi Ahmad mengekalkan jawatan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) selepas memenangi pemilihan badan bukan kerajaan (NGO) itu bagi tempoh 2025-2027 semalam.
Pada pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan USIA kali ke-38 yang berakhir semalam itu menyaksikan Sapawi memperoleh 192 undi, menewaskan pencabarnya Datuk Mohd Yusof Apdal yang memperoleh 124 undi.
Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua USIA, Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan turut mengekalkan kedudukan bagi penggal kedua setelah mendapat 183 undi, mengatasi pencabarnya, Mandaile Basri yang mendapat 133 undi.
Lima jawatan Naib Yang Dipertua USIA pula masing-masing dimenangi Datuk Arshad Idris, Prof Datuk Dr Kasim Mansor, Datuk Pg Abd Rahman Pg Digadong Muhammad Galpam, Ustaz Rafaeh Md Enarji dan Datuk Pg Saifuddin Pg Tahir.
Mesyuarat perwakilan USIA itu dirasmikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Dalam pada itu, jawatan Ketua Belia USIA turut dikekalkan penyandangnya, Datuk Jamawi Jaafar selepas memperoleh 195 undi menewaskan Syahfiq Edul yang mendapat 114 undi.
Ketua Wanita USIA pula, Datuk Siti Aminah Aching turut mengekalkan jawatan dengan mendapat 222 undi, manakala pencabarnya Nirma Habibi mendapat 98 undi.
Sementara itu, 18 jawatan Ahli Majlis Tertinggi USIA yang menang pada pemilihan kali ini ialah Zulpah Tun Datu Mustapha, Dr Mechor @ Abdul Halim Juinis, Ahmaddin Mohd Said, Serubih Marimin, Mohd Halikin Angga dan Nursuhana Abdullah.
Selebihnya ialah Aisah Saadiah OKK Zainal, Yahya OKK Zainal, Pajudin Nordin, Datu Mazlan Datu Ibrahim, Datuk Dr Mingu Jumaan, Abidin Darus, Nanih Abah, Ahmad Mohd Said, Mohamad Sufan Baharin, Edul Mulud, Matrudin Radin dan Raisin Gagah.
Dalam pada itu, jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap USIA masing-masing dimenangi Datuk Ismarah Madcasar dan Mohd Yassin Mohd Yunus. – Info X