KOTA KINABALU: Tun Musa Aman menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berikutan pelantikannya sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook Musa Aman, hari ini, bekas Ketua Menteri Sabah itu turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Alhamdulillah, pagi ini saya menerima suratcara pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke 11 daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong di Singgahsana Kecil Istana Negara Kuala Lumpur.
“Menjunjung Kasih Tuanku. Terima kasih YAB Perdana Menteri Malaysia dan terima kasih YAB Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Musa, 73 dilantik sebagai TYT Ke-11 berkuatkuasa 1 Januari depan, menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini. – Info X
