Search

‘Pokok Krismas’ terbakar di Sandakan

December 25, 2024

Info X Reporters

SANDAKAN: Sebatang pokok hiasan bagi sambutan perayaan Krismas terbakar di Bulatan IJM, Batu 6, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran itu pada jam 3.37 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak enam kilometer dari balai bomba.

“Setiba di lokasi didapati kebakaran membabitkan pokok Krismas tiruan di bulatan jalan raya.

“Operasi pemadaman segera dijalankan menggunakan satu aliran dan api berjaya dikawal jam 3.50 pagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terbabit dan punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan bomba.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.53 pagi,” katanya. – Info X