Search

Rumah, kedai runcit musnah dalam kebakaran di Kampung Ulang-Ulang

January 16, 2025

Info X Reporters

LAHAD DATU: Rumah dan kedai runcit musnah dalam kebakaran di Kampung Ulang-Ulang, Tunku, di sini malam tadi.

Laporan kejadian diterima pada jam 9.36 malam sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi kejadian.

Ketua BBP Lahad Datu, Penolong Penguasa Bomba, Sumsoa Rashid berkata, operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda Sahabat dan Silabukan.

“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran membabitkan sebuah rumah yang bersambung dengan sebuah kedai runcit jenis tidak kekal.

“Pasukan bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran dan dua pancutan dari sumber air jentera dan air sungai,” katanya.

Rumah dan kedai runcit musnah dalam kebakaran di Kampung Ulang-Ulang, Tunku, Lahad Datu. – Foto/Bomba

Menurutnya, kedua-dua struktur berkenaan terbakar sepenuhnya dan operasi terkawal pada jam 10.50 malam.

“Tiada kecederaan mangsa dilaporkan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.42 malam.

“Punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya. – Info X