TAWAU: Polis menahan seorang lelaki disyaki merogol seorang remaja 13 tahun yang juga cucu jirannya di sebuah rumah, di daerah ini, Rabu lalu.
Suspek berusia 30 tahun itu ditahan jam 7.50 malam selepas laporan polis dibuat oleh mangsa yang ditemani neneknya.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian itu terbongkar selepas nenek mangsa menyedari cucunya dirogol.
“Hal ini terbongkar apabila nenek mangsa menyedari cucunya rogol dan apabila ditanya, mangsa mengaku telah dicabul oleh suspek sebanyak tiga kali selama dua bulan.
“Mangsa kemudian ditemani oleh penjaga ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Susulan laporan itu katanya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau membuat serbuan di sebuah rumah.
“Polis menahan seorang lelaki dalam lingkungan usia 30 tahun yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan.
“Suspek kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau dan direman. Kes disiasat mengikut Sekyen 376(1) Kanun Keseksaan,” katanya.
Sementara itu, Jasmin berkata hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pernah disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Awam 2012. – Info X