SANDAKAN: Seorang wanita ditemui mati tergantung di sebuah rumah kedai di pusat bandar, di sini, pagi tadi.
Mayat mangsa warga tempatan ditemui suaminya dalam keadaan tergantung di bahagian pintu rumah mereka, kira-kira jam 9 pagi.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal, mangsa yang berusia 32 tahun terbabit menggantung diri menggunakan kain sarung.
Bagaimanapun katanya, punca sebenar mangsa bertindak sedemikian masih dalam siasatan pihak polis.
“Mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess Of Kent (HDOK) untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan pada jam 9 pagi, esok.
“Siasatan polis juga tidak menemui sebarang unsur jenayah ataupun perbuatan khianat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut. – Info X