KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Christina Liew menggesa pihak yang berkaitan supaya memastikan tiada gangguan bekalan air pada sambutan Tahun Baharu Cina minggu depan.
Beliau membuat gesaan itu selepas tinjauan mesra di sekitar pusat bandar raya, di sini, pada awal minggu ini bagi menyantuni peniaga dan mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api itu berkata, komuniti peniaga menyatakan kebimbangan mereka mengenai kemungkinan ketiadaan bekalan air pada musim perayaan.

“Mereka menyatakan kebimbangan mereka kepada saya mungkin tiada air pada sambutan perayaan nanti. Ia sudah tentu menimbulkan ketidakselesaan,” katanya.
Masalah gangguan bekalan air adalah antara komplen diterima beliau apabila berjumpa rakyat di kawasan yang diwakilinya.
Pada program itu, Christina diiringi Setiausaha Politiknya, Vivien Lee Mee Peng dan pasukan kebajikan kawasannya. – Info X