Search

25,000 tetamu kunjungi Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di SICC

January 30, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Kira-kira 25,000 tetamu mengunjungi Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Jumlah itu dikongsikan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Christina Liew, selaku pengerusi penganjur sambutan kali ini.

Rumah terbuka yang bermula pada jam 10 pagi hingga 2 petang itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tusin.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag serta tiga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam, Datuk Ir Shahelmey Yahya serta isteri masing-masing.

Tun Musa tetamu kehormat sambutan Tahun Baharu Cina kerajaan negeri.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri yang juga Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Selain jamuan yang disajikan beberapa hotel dari sekitar ibu negeri, pengunjung turut dipersembahkan dengan tarian tradisi Cina, termasuk persembahan Tarian Singa serta persembahan artis tempatan. – Info X