KOTA KINABALU: Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini berkurang kepada 1,702 mangsa setakat jam 3 petang ini.
Jumlah itu daripada 563 keluarga yang masih berada di 14 PPS di lima daerah iaitu Beaufort, Lahad Datu, Beluran, Paitan dan Pitas.
Setakat jam 2 petang tadi semua PPS di daerah Kota Marudu, Kota Belud, Telupid, Sandakan dan Tongod sudah ditutup.
Penutupan itu berdasarkan situasi semasa di lokasi banjir di daerah terbabit yang pulih sepenuhnya, membolehkan lebih 3,000 mangsa yang dipindahkan sebelum ini kembali ke rumah masing-masing.
Semalam, jumlah mangsa banjir di 10 daerah yang terjejas akibat bencana itu mencecah seramai 5,725 orang sebelum beransur turun mulai petang semalam dan pagi ini. – Info X