KOTA KINABALU: Satu kejadian gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Kota Marudu pada jam 10.39 pagi tadi.
Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), gegaran berkekuatan 3.8 skala Richter itu dilapor berlaku di koordinat 6.3 darjah utara dan 116.8 darjah timur.
Lokasi gempa bumi terletak 27 kilometer di selatan Kota Marudu dengan kedalaman 10 kilometer dari permukaan bumi.
Gegaran akibat gempa bumi berkenaan mungkin dirasai di daerah berkenaan. – Info X