Search

Banjir lagi di Telupid, Paitan, 262 mangsa dipindah

February 27, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Daerah Telupid dan Paitan kembali dilanda banjir dengan seramai 262 mangsa dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi ini.

Daripada jumlah itu, seramai 251 dipindahkan di empat PPS, manakala 11 mangsa dipindahkan di dua PPS di Paitan setakat ini.

Berdasarkan maklumat dikongsikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), mangsa di Paitan dijangka terus meningkat, manakala di Telupid kekal setakat ini.

Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di Telupid.

Pembukaan semula PPS di Telupid dan Paitan diisytiharkan pegawai daerah masing-masing pada Rabu berikutan banjir di beberapa kawasan.

Banjir disebabkan hujan lebat berterusan di kawasan terbabit sejak kelmarin. – Info X