Search

Kanak-kanak melecur di muka terkena ledakan api dapur gas

March 2, 2025

Info X Reporters

TUARAN: Seorang kanak-kanak melecur di muka akibat terkena ledakan api dapur gas dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas dalam kejadian di Kampung Berungis, di sini, petang tadi.

Mangsa lelaki berusia 10 tahun cedera melecur pada bahagian muka dan kini menerima rawatan di Hospital Tuaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohammad Nor Amit, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.32 petang.

“Mangsa telah di dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan awal di lokasi mendapati ledakan api dapur gas dipercayai berpunca daripada kebocoran salur gas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa dipercayai bersendirian di dalam rumah berkenaan.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan pemeriksaan di lokasi bagi mengelak bahaya lain.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 2.40 petang,” katanya. – Info X