Search

Lelaki disyaki suspek kes bunuh wanita berjaya ditahan

March 4, 2025

Info X Reporters

SANDAKAN: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang wanita di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu 2 1/2, di sini, semalam.

Mayat wanita berusia 58 tahun ditemui oleh orang awam kira-kira jam 5.30 petang, Ahad lalu sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, siasatan awal mendapati terdapat kecederaan di bahagian kepala mangsa dipercayai dibunuh.

“Hasil maklumat orang awam dan risikan, suspek seorang lelaki berusia 31 tahun berjaya diberkas polis, kira-kira jam 5.30 petang semalam, di kawasan Batu 2, di sini.

Suspek berjaya diberkas dalam tempoh 24 jam selepas laporan polis dibuat.

“Suspek yang diberkas polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dan cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah kemudian ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kes selesai dalam tempoh 24 jam selepas laporan polis diterima dan motif kejadian masih dalam siasatan.

“Polis menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – Info X