Search

3 rumah musnah terbakar di Skim Penempatan Telipok

March 11, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Skim Penempatan Telipok, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba Agustavia Joe Guasi berkata, pasukan bomba bersama jentera pemadam bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 11.42 pagi.

“Ketika ketibaan pihak bomba di lokasi, empat rumah jenis tidak kekal terbakar 100 sepenuhnya.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran 500 kaki, tiga pancutan dengan sumber air dari jentera bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Keadaan tiga rumah yang musnah terbakar di Skim Penempatan Telipok.

Menurutnya, operasi dilaporkan terkawal pada jam 12.21 tengah hari dan kerja-kerja overhaul sedang dijalankan oleh pasukan bomba.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Siasatan berkenaan punca kejadian juga giat dijalankan di lokasi,” katanya.

Anggota bomba memadan kebakaran rumah di Skim Penempatan Telipok, Kota Kinabalu.

Operasi pemadaman dijalankan BBP Lintas dengan bantuan BBP Tuaran membabitkan keseluruhan 27 anggota. – Info X