Search

APM, JHL pantau buaya di Tanjung Aru

March 16, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama Jabatan Hidupan Liar (JHL) terus melakukan pemantauan terhadap kehadiran seekor buaya di kawasan pantai Tanjung Aru.

Pegawai APM Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior berkata, setakat ini, usaha memburu buaya berkenaan masih diteruskan.

Malah katanya, menerusi kerjasama pelbagai agensi, pasukan JHL turut melepaskan dua das tembakan terhadap reptilia berkenaan.

“Sehingga kini jam 2 petang tadi, pemantauan masih dibuat dan pihak JHL telah melepaskan dua das Tembakan iaitu satu das di Beach 3 dan satu das lagi di kawasan beach.

:Pemantauan terus dilakukan dan pasukan operasi APM mendapati haiwan berkenaan masih berada di lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pasukan JHL melepaskan dua das tembakan terhadap reptilia berkenaan.

Menurutnya, operasi membabitkan tujuh anggota dan pegawai APM dan dua pegawai JHL.

Terdahulu, seekor buaya dilaporkan kelihatan di Pantai Tanjung Aru, pagi tadi

Kelibat reptilia itu di laut disedari pengunjung, sebelum dilaporkan kepada petugas Menara Penyelamat.

Petugas di menara terbabit kemudian menaikkan bendera merah sebagai tanda amaran bahaya di pantai berkenaan dan meminta orang ramai tidak melakukan aktiviti di air sekitar Pantai Tanjung Aru. – Info X