KOTA KINABALU: Chong Mui Lan @ Theresa Chong dilantik sebagai Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) yang baharu bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api.
Pelantikan itu yang diumumkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Christina Liew selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api berkuatkuasa pada 25 Februari lalu.
Menerusi satu kenyataan, Christina berkata perubahan PPM Api-Api bagi memastikan perkhidmatan yang lebih lancar dan berkesan kepada rakyat di kawasan berkenaan.
“Pembangunan dan kemajuan di Api-Api terjejas disebabkan kelemahan atau prestasi PPM sebelum ini yang tidak memuaskan,” katanya.
Beliau menyatakan keyakinannya terhadap kemampuan Theresa sebagai PPM yang baharu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap rakyat di DUN Api-Api.
Katanya, warga DUN Api-Api boleh menghubungi Theresa di talian 016-8480032 atau emel [email protected]. – Info X