KENINGAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meninjau lokasi tanah runtuh di Kilometer 14.3 dan Kilometer 11.2 Jalan Kimanis – Keningau, di sini, petang Khamis.
Beliau turut diberi taklimat oleh Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Philemon Lajawai berkaitan kerja pembersihan dan pembaikan cerun runtuh di kawasan berkenaan.
Ketua Menteri melakukan tinjauan itu ketika dalam perjalanan ke Keningau untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa.
Majlis itu anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Kim Teck Cheong Consolidation Berhad kali kedua
Tahun 2025 di Kompleks Sukan Keningau.
Pada masa ini kerja pembersihan jalan dan pembaikan cerun runtuh lokasi berkenaan hampir siap sepenuhnya dan dijangka dibuka dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, ia tertakluk kepada keadaan cuaca semasa.
Jalan Keningau-Kimanis di Kilometer 11.2 ditutup sepenuhnya sejak 8 Mac lalu manakala laluan di Kilometer 14.3 ditutup sejak 4 Mac selepas runtuhan cerun menyebabkan jalan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan. – Info X