Search

Banjir di Nabawan, 263 mangsa dipindah

April 11, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Banjir kembali melanda, kali ini di daerah Nabawan dengan seramai 263 mangsa daripada 78 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam ini.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), sebanyak empat PPS dibuka sejak siang tadi berikutan banjir di 14 kampung.

PPS terbabit ialah Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan, Dewan Kampung Bahagia, Balai Budaya Kabangawon dan Balai Budaya Kampung Sarikan.

Sebanyak 14 kampung yang terjejas pula ialah Kampung Lima, Empat, Dua, Loboh Baru, Murni, Indah, Kalas, Salarom Baru, Bahagia, Sarikan, Kabangawang, Asrama Butitin, Ranau-Ranau dan Kampung Tetagas.

Bencana banjir diisytiharkan di Nabawan awal pagi tadi berikutan situasi banjir yang melanda kampung terbabit hingga memaksa pemindahan penduduk dilakukan. – Info X