Search

Allahyarham Pak Lah dikebumikan di Makam Pahlawan

April 15, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Jenazah Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi selamat dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara, di Kuala Lumpur, hari ini.

Upacara pengebumian itu dengan dilaksanakan dengan penuh tertib mengikut Istiadat Pengebumian Kenegaraan.

Sebelum itu, solat jenazah dilaksanakan di Dewan Solat Utama masjid dengan disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli keluarga Allahyarham dan rakyat jelata.

Lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudiannya mengusung keranda jenazah Tun Abdullah yang ditutupi Jalur Gemilang ke Makam Pahlawan sekitar jam 1.53 tengah hari.

Pix: Bernama

Jenazah negarawan itu kemudian diturunkan ke liang lahad jam 2.06 petang, diikuti bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa mengiringi perjalanan akhir tokoh negara berkenaan.

Majlis pengebumian berkenaan selesai tepat jam 2.50 petang.

Abdullah, 85, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam tadi. – Info X