Search

Gempa bumi kuat di Sulawesi, gegaran dirasai di Tawau, Lahad Datu, Semporna

May 3, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Gegaran dilaporkan dirasai di Tawau, Lahad Datu dan Semporna berikutan gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 di Semenanjung Minahasa, Sulawesi, Indonesia, malam ini.

Gempa bumi pada jam 8.51 malam itu dikesan di koordinat 0.5 darjah utara dan 121.6 darjah timur pada kedalaman 10 kilometer dengan jarak 165 kilometer di barat Gorontalo, Indonesia.

Berdasarkan maklumat dikongsikan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia berikutan gempa bumi itu. – Info X