Search

KK Auto Detailer terima penghargaan bomba atas bantuan kemanusiaan ketika bencana

May 5, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: KK Auto Detailer Sdn Bhd bersama beberapa lagi organisasi menerima sijil penghargaan selaku rakan strategik Bomba Zon Kota Kinabalu pada tahun ini.

Penyampaian sijil berkenaan dibuat sempena sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 Peringkat Zon Kota Kinabalu, di sini, pada Isnin.

Majlis itu disempurnakan Ketua Zon 1 Sabah, Penguasa Kanan Bomba 1, Misran Bisara dan turut dihadiri Pegawai Kanan Zon 1 Sabah dan anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Kinabalu.

Selain KK Auto Detailer, turut menerima sijil penghargaan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kota Kinabalu ialah Little Champions Childcare Center dan Reka Dinamik Konsultan.

Mereka menerima penghargaan itu atas bantuan kemanusiaan dan sumbangan yang disalurkan ketika berlaku bencana atau kebakaran sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing.

Mirzan (baju putih) bergambar bersama Pengurus Besar KK Auto Detailer, Michael Zang (baju hijau) dan pegawai bomba sempena sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 Peringkat Zon Kota Kinabalu.

Selain itu, portal berita Info X turut menerima sijil penghargaan atas kerjasama strategik menyebarkan info mengenai kebombaan dan menghubungkan JBPM dengan masyarakat khususnya berkaitan dengan kecemasan atau bencana.

Sementara itu, Misran berharap agar lebih banyak lagi badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini sama-sana berganding bahu memberikan bantuan kebombaan dan khidmat kemasyarakatan demi kesejahteraan rakyat negeri ini.

“Kita berharap lebih banyak pihak tampil memberikan bantuan kebombaan dan khidmat kemasyarakatan demi kebaikan bersama, khususnya dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat,” katanya. – Info X