TAWAU: Penduduk di sekitar Taman Megah Jaya 9, Jalan Megah 9, di sini, gempar dengan penemuan mayat lelaki dalam keadaan tergantung pada dahan sebatang pokok, pagi tadi.
Mayat lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui pada jam 10.45 pagi sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin dalam kenyataan hari ini mengesahkan penemuan mayat terbabit.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tawau untuk tujuan proses bedah siasat.
“Namun proses bedah siasat belum dapat dilakukan dan pasukan koroner dijadual akan hadir ke hospital esok,” katanya.
Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR). – Info X