Search

Tun Musa ucap takziah atas pemergian Tun Ahmadshah

May 21, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di- Pertua Negeri Sabah kesembilan,Tun Ahmadshah Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi.

Menerusi satu kenyataan, Tun Musa dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin serta keluarga berdoa ke hadrat Allah SWT semoga roh Allahyarham Tun Ahmadshah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman dan beramal soleh.

Tun Musa berkata, ketika hayatnya, Tun Ahmad Shah melaksanakan tugas sebagai Yang di-Pertua Negeri dan pelbagai jawatan lain dalam kerajaan, dengan baik dan dedikasi.

Di samping itu, katanya bekas Yang di-Pertua Negeri itu adalah seorang yang jujur, ikhlas dan mempunyai budi pekerti yang mulia serta disenangi oleh semua orang.

Tun Musa menziarahi jenazah Tun Ahmadshah di Hospital KPJ.

Malam tadi, Tun Musa turut menziarahi jenazah Allahyarham Tun Ahmadshah pada kira-kira jam 11.00 malam, sejurus mendapat khabar mengenai pemergiannya Hospital Pakar KPJ Kota Kinabalu.

Beliau diiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd Ariffin Mohd Ariff; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar. – Info X