Search

PRN17: AMT Gagasan Rakyat bincang persiapan parti

June 23, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) hari ini membincangkan kesiapsiagaan parti itu menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17)

Perkara itu dibincangkan pada mesyuarat AMT parti itu yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, selaku Presiden Gagasan Rakyat.

Mesyuarat yang bermula pada jam 3 petang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu turut membincangkan usaha memperkukuh gerak kerja organisasi di semua peringkat, selain pelbagai lagi perkara lain yang berkait dengan politik semasa.

Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Masidi Manjun; Naib Presiden, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Datuk Rubin Balang dan Datuk Masiung Banah; Setiausaha Agung, Datuk Mohd Razali Razi dan Bendahari, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Ketua-ketua Sayap dan barisan kepimpinan tertinggi part itu.

Sementara itu, Hajiji turut meluangkan masa minum petang bersama Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat di foyer Dewan Kinabalu, SICC. – Info X