KOTA KINABALU: Seorang wanita yang dipercayai cuba terjun dari tingkat tiga sebuah kondominium, di Jalan Kebajikan, di sini, hari ini, berjaya diselamatkan anggota polis.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, jam 6.37 petang.
Katanya, mangsa seorang wanita berusia lingkungan 20 tahun dipercayai cuba terjun dari tingkat tiga sebuah kondominium.
“Mangsa bagaimanapun berjaya dipujuk oleh pasukan polis sebelum ketibaan anggota bomba.
“Wanita terbabit kemudian ditenangkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. – Info X