Search

Myvi jatuh gaung, lima termasuk dua kanak-kanak cedera

June 29, 2025

Info X Reporters

TENOM: Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke gaung di kawasan Fatt Choi Cabin, Jalan Lama Tenom, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, dua kanak-kanak cedera dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi.

Tiga mangsa wanita berusia 38, 42 dan 55 tahun turut mengalami cedera ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Penolong Penguasa Bomba, Mudi Pengiran berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.14 pagi.

Anggota bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

Katanya, tujuh anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian sejauh tiga kilometer.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi terbabas sendiri dan terjatuh ke dalam gaung.

“Dua kanak-kanak yang tercedera dibawa ke hospital lebih awal oleh orang awam, manakala bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya pada 11.53 pagi selepas keadaan disahkan selamat. – Info X