Search

UMS suntik semangat atlet mereka sebelum terbang ke Jerman

July 8, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Tiga atlet Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima insentif sebelum berangkat menyertai kejohanan berprestij Sukan Universiti Dunia (WUG) di Rhine-Ruhr, Jerman, pada 18 hingga 29 Julai 2025.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor yang turut menitipkan pesan kepada atlet supaya menjaga pemakanan dan kesihatan sepanjang tempoh persediaan serta memberikan aksi terbaik di pentas antarabangsa itu.

“Kami mendoakan kejayaan anda bertanding pada tahap optimum dan dapat menyumbang pingat buat kontinjen Malaysia,” katanya dalam ucapan kepada para atlet.

Tiga atlet UMS yang terpilih mewakili negara dalam acara olahraga ialah Chelsea Cassiopea Evali Bopulas dari Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Hizilla Jamain serta Farrell Gleen Felix Jurus masing-masing dari Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan.

Tiga atlet UMS yang terpilih mewakili negara dalam acara olahraga Sukan Universiti Dunia (WUG) di Rhine-Ruhr, Jerman,

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Raman Noordin, Pengarah Pusat Sukan, Ahmadi Nurdin, Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Prof Datuk Dr Ismail Ali serta Pengarah Pejabat Canselori, Hasmi Hassim.

Kejohanan Sukan Universiti Dunia ini adalah Kejohanan yang dianjurkan secara dwi-tahunan yang melibatkan semua negara.

Pemberian insentif ini adalah untuk memberikan galakkan dan sokongan kepada atlet UMS yang bertanding daripada UMS. – Info X