KOTA KINABALU: Seramai 61 individu positif dadah dikesan menerusi Op Cegah Khas yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah selama empat hari di lima daerah bermula 13 hingga semalam.
Dalam operasi itu, seramai 72 individu diperiksa, dengan 61 daripadanya ditahan kerana positif dadah, termasuk lima yang disahkan positif menerusi keputusan makmal terdahulu.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, AADK Sabah memaklumkan seramai 43 pegawai dan anggota AADK yang terbabit dalam operasi berkenaan.
“Seramai 67 individu menjalani ujian saringan awal air kencing, dengan 61 daripadanya didapati positif, manakala 11 lagi negatif.
“Dadah jenis yang dikesan melalui ujian saringan iaitu dadah jenis methamphetamine atau syabu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi itu dilaksanakan di lima daerah iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Tuaran dan Keningau.
“Objektif utama operasi ini adalah untuk mengesan, menahan dan membantu penagih menjalani rawatan serta pemulihan mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024.
“Pada masa sama, ia juga bertujuan memutuskan rangkaian bekalan dan permintaan dadah serta memusnahkan sarang penagihan dadah di kawasan sasaran terutamanya di Kawasan
Berisiko Tinggi (KBT),” katanya.
AADK menyeru orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan penagihan dan pengedaran dadah menerusi hotline 1-800-22-2235 atau 019-626 2233. – Info X