Search

2 lelaki ditahan, rokok seludup RM44,400 dirampas

July 21, 2025

Info X Reporters

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) terus menggempur sindiket penyeludupan rokok apabila menyerbu sebuah lokasi penyimpanan rokok seludup di kawasan Batu Sapi, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu, PPM Sandakan berjaya merampas sebanyak 185 karton rokok pelbagai jenama yang disimpan di dalam sebuah garaj.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, dua lelaki tempatan berusia lingkungan 25 hingga 43 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM44,400.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, PPM Wilayah 4 Sabah akan terus komited membanteras aktiviti penyeludupan demi keselamatan serta kesejahteraan negara. – Info X