Search

15 September cuti umum tambahan Hari Malaysia

July 23, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 15 September depan sebagai cuti umum sebagai cuti tambahan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September.

Katanya, cuti tambahan itu bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.

“Sukacita diumumkan bahawa 15 September 2025, Isnin diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

“Hari kelepasan ini bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.

“Ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia di Putrajaya pada Rabu.

Penghargaan sempena Hari Malaysia itu adalah antara lima langkah segera bagi meredakan kos sara hidup yang diumumkan Anwar. – Info X